send link to app

MARAeps app for iPhone and iPad


4.4 ( 6944 ratings )
Finance
Developer: MAJLIS AMANAH RAKYAT
Free
Current version: 1.2.0, last update: 1 year ago
First release : 02 Nov 2018
App size: 7.16 Mb

Selamat datang ke aplikasi MARAeps yang memberi banyak kemudahan dan kesenangan melebihi sempadan. Aplikasi ini merupakan perkhidmatan atas talian sebagai gerbang bayaran utama kepada kesemua pengguna yang memiliki atau menerima kemudahan fasiliti Majlis Amanah Rakyat.

Aplikasi ini telah direka dengan pelbagai ciri yang memainkan peranan penting untuk membantu memudahkan urusan berkaitan fasiliti Majlis Amanah Rakyat yang diterima oleh anda. Pastikan anda sentiasa mengemaskini dan memiliki versi aplikasi MARAeps yang terkini.

KEMUDAHAN
Daftar masuk ke aplikasi MARAeps, menyemak akaun anda dan melakukan transaksi pada bila bila masa di mana jua anda berada. Anda juga boleh melakukan pembayaran penting seperti yuran pengajian, program usahawan dan fasiliti kakitangan sekelip mata.

KESELAMATAN
Spesifikasi keselamatan PCI menjadi asas piawaian untuk sistem dan proses operasi MARAeps. Dengan sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan sistem perlindungan penapisan penipuan memberi perlindungan tambahan kepada para pengguna.

REKA BENTUK
Direka dengan penuh dedikasi, mesra pengguna dengan pautan grafik dan paparan yang menarik untuk meningkatkan lagi prestasi dan pengalaman pengguna.

CIRI CIRI UTAMA

AKAUN ANDA
Tanpa perlu ke kaunter, baki/nilai akaun berkaitan Majlis Amanah Rakyat anda dihujung jari. Lakukan pembayaran dengan mudah, cepat dan selamat.

AKAUN JAMINAN ANDA
Kini penjamin atau penjaga mempunyai kawalan kepada akaun individu yang dijamin mereka. Kawalan penuh ini membolehkan mereka menyemak dan melakukan pembayaran bagi akaun jaminan mereka.

TRANSAKSI/RESIT
Semak status transaksi serta merta selepas pembayaran dilakukan.

BAYARAN YURAN/FI
Kemudahan yang memberikan keselesaan kepada para pengguna untuk melakukan pembayaran yuran pengajian, program usahawan, kemudahan kakitangan serta fasiliti lain yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat.

BUTIRAN PENGGUNA
Semak butiran anda tanpa perlu daftar masuk di laman sesawang.

Muat turun aplikasi MARAeps dan rasai pengalamannya sendiri. Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi MARAeps.